Assallamualaikum sahabat-sahabat yang sangat-sangat kasihi.
Pejam celik, pejam celik rupanya dah masuk ke bulan April 2011. Dan secara tak langsung teringat zaman kekanak rebina dulu ramai rakan taulan yang suke duk mem'foolish'kan kengkawan mereka dgn perkataan 'April Fool'. Rasa memang fool abis la masa tu. Tapi sekarang tidak lagi. Betapa besarnya impak laman sosial di abad ini. Sekali click je ---> terus dapat di'trace' data dalam otak memasing. Maksud ana tu pasal 'kebodohan meraikan April Fool' la. Bagus,bagus. Ada improvement kita semua ni dalam kesedaran tentang Islam ^-~ caya lah!
Tapi yg ana nak ngomel entry kali ini tak menyentuh pun bab 'April Fool'. Ana nak ngomel bab 'TEGURAN'. Saban waktu kita baca ada je org tak puas hati dengan teguran si fulan dan dari si fulan. Kenapa? Sebab apa? Di sini ada sikit la ceritanye yang ana nk kongsi...
*************************************************************************
"bertudung tidak semestinya menutup aurat"
Komen Gambar : "Cantik dan seksinya awak ni..geram tengok!" bla, bla, bla, etc etc.... -.-
Kawan A : "Cantik dan indahnya wahai muslimah. Memang ciptaanNya amat indah dan sempurna. Tapi bukankah lebih indah jika sahabatku sayang cantik ini hanyalah untuk si dia bergelar suami. Dan pujian ini selayaknya hanya untuk Maha Pencipta..Salam Ukhuwah ^_^ "
Kawan B : "Kau ingat, kau pakai tudung labuh, tutup litup, kau dh cukup bagusla? Kau sedar diri sikit. Cermin diri dlu. Tak semua yg tutup litup tu perfect. Kadang-kadang yg tutup litup ni mulut lagi mcm longkang...Ingat tau, kalau dosa dgn Allah kita boleh minta ampun. Kalau dengan manusia, kau kena mintak maaf dengan org tu sendiri. Sekarang aku dah terasa hati. Pandai-pandai kau la"
Pernah x sahabat-sahabat berada di dalam situasi ini?? Tersenyumlah kalian jika diuji dengan sahabat begini. Ana tahu, bukan niat kalian nak melukai hati dan perasaan sahabat-sahabat kalian. Tapi seperti yang kita maklum, adat manusia biasa..Apabila dia menegur org lain dia berasa megah apabila dapat menegur, tapi apabila dia ditegur dia akan berada seperti terhina hingga berasa tidak dapat menerima kenyataan itu dan akan berusaha mencari sesiapa sahaja untuk menyokong kata-katanya walaupun mempergunakan firman Allah...
Apakah ayat-ayat biasa oleh si 'tak terima hakikat' ni ?? :-
a. "Kau tak payah sebokla..kau jaga tepi kain sendiri la."
b. "Cermin diri sendiri lah betul ke tak?"
c. "Kau bukan tuhan yg nak hukum org salah ke tak"
d. Dan banyak lagi...
Dengan lisan dah tegur? Dengan perlakuan dh buat? Dalam hati dh siap mendoakan? Maka, kita tunggu sahajalah jawapan dari Allah swt. Usaha dan tawakkal dah diperlakukan. Kadang-kadang bila kita melawan, lagi menyakitkan hati ayat-ayat yang bakal diorang keluarkan. Tapi jangan sampai kita ni boleh pegang sepanduk "AKU MALU TEGUR PERKARA MUNGKAR".
Mungkar tu yang camne? Maksiat aje ke? Khalwat,couple etc tu je ke? Aurat?? Isteri Curang?? Tinggal solat? Pegi GIG konsert?? Bersosial lelaki perempuan tanpa batas?? Itu bukan perkara mungkar jugak ke sahabat-sahabat? Jadi, bersiap-sedialah. Duduk dalam facebook, tweeter, myspace, skype,ym etc tu bukan untuk enjoy semata-mata. Bukan tempat nak kumpul kawan-kawan semata-mata. Tapi sebar-sebarkanlah pedoman untuk kawan-kawan kita. Biar org ejek kita 'tunjuk alim'. Takpe, ambik tu sebagai kata semangat buat kita. Kalau kita mundur, siapa nak maju??
Kita lah yang akan menggerakkan Islam masakini. Jangan kita sembunyi dibalik orang-orang yang bermegah dengan diri sendiri tanpa ada teguran dalam hidupnya sendiri. Seterusnya, baiki diri sendiri. Sebab kita ni perlu ingat mengingatkan. Tapi jangan sampai kita ni jadi insan biadab bila dapat point nak tegur org, main sembur aje ye....kenali dulu orgnya. ^_~
"Sama-sama ingat mengingatkanlah. Barulah saling melengkapi kan. Jangan jadi orang sombong tak bertegur sapa -.-"
Ingat ni bunga-bunga ukhti muslimah ku sayang :-
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan.” [Hadis Riwayat Abu Daud.]
Juga,
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemunkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman". (Hadits riwayat Imam Muslim).
dan jangan lupa ukhti ku sayang,
Firman Allah di dalam surah Muhammad ayat 7;
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
Sesungguhnya ukhti kusayang,
"Berkata benarlah walaupun pahit",itulah pesan salah seorang khalifah Rasulillah SAW yang mendapat jaminan berjalan di atas kebenaran iaitu Sayyidina Ali bin Abi Thalib KarramalLahu Wajhah.
Dan lagi Allah berfirman dalam surah Az Zukhruf ayat 67,
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa".

Renung kembali bagaimana Rasulullah memulakan dakwah terhadap golongan jahiliyyah, terpaksa menerima cacian dan lebih dari itu lagi...tetapi demi perintah Allah Rasulullah teruskan perjuangan, kerana baginda percaya Allah sentiasa bersama. Jadilah kita seperti firman Allah SWT , “ Dan terdapat sebahagian dari manusia mereka yang sanggup untuk menggadaikan dirinya demi mendapatkan redha Allah SWT” - al baqarah : 207
tegurlah secara baik dan berikmah, hikmah dalam ertikata lembut tetapi berkesan, tetapi jika tegur secara serius itu lebih berkesan maka itulah yang lebih baik dan berhikmah.
selamat berusaha dan berharaplah pada Dia selalu. Selamat berjuang wahai para mujahid wa mujahidah di jalan Allah! ^_~
p/s:teristimewa buat sahabat2ku sayang...afnan sayang kalian kerana Allah..sesungguhnya hanya Dia tahu apa harapan afnan buat kalian terutama adik2 insaniah afnan..teruskan perjuangan..<3
petikan dari FB
No comments:
Post a Comment