Wednesday, 13 November 2013

Kahwin dimasa belajar. mampukah aku.

Assalamualaikum.

         Kahwin tajuk yang paling banyak dibicarakan, dibualkan. Tajuk yang sentiasa hijau dan segar. Bermula daripada kanak-kanak hingusan sekolah rendah, yang belum pun tamat UPSR, hingga yang lebih tua. saya terfikir bila ada yang menulis "wahai bakal imamku..." atau "oh pemilik tulang rusukku..." dan ada juga tanpa segan silu menulis tentang ciri-ciri bakal pasangan yang dikehendaki. tapi, bila dipulangkan kat diri sendiri, bila dah masok dua puluh an jer ramai yang asyik dah. dah tu bermakna bertunang, kahwin dan termasuklah dapat baby. bukan bermakna saya teringin nak kahwin. okay. semua org nak kahwin tapi bukan sekarang. bagi saya, masanya belum tiba. belum sesuai utk saya. hal ini adalah kerana bagi saya perkahwinan ini bukanlah antara dua insan. bila kita berkahwin itu bermakna kita kahwin dengan keluarganya dan segalanya tentang dia. perkahwinan bukanlah satu hal yang boleh dibuad main, boleh pilih jer suami tu macam pilih baju kat mall. takkan lah kita nak spend the rest of our life dengan org yang kita rase annoying. perlulah kita berpijak dibumi yang nyata. pengorbanan dan keikhlasan amat penting bila kita nak melangkah ke alam perkahwinan. sape nak kan kawin dua tiga tahun je. tapi lepas tu bercerai sebab tak sefahaman.

Bila dah berkahwin ni rutin for sure terganggu kan. kalau dulu kita biasa tidur lapan ke sepuluh jam (kononnya masih bayi atau nak cover penat semalam lah kan) sedangkan subuh pon masih jam tujuh. apakah kita boleh diketegorikan sebagai sudah bersedia utk berkahwin. apakah ini contoh yang baik utk anak kita ikuti kelak.

semestinya menjadi suri rumah dengan kelayakkan yang ada bukanlah satu yang dikehendaki. dan semestinya ingin melanjutkan lagi pelajaran kan. Ada yang kawan kawan yang suka berkongsi cerita-cerita pengalaman orang lain, prestasi cemerlang setelah berkahwin dan semakin bersemangat nak belajar setelah berkahwin. Pada pendapat saya, bukanlah perkahwinan satu-satunya medium yang terlibat dalam menyumbang kepada kecemerlangan itu. Hakikatnya bergantung kepada tabiat individu seseorang itu, meskipun telah ataupun belum berkahwin. Jangan suka bermimpi disiang hari, bahawa CGPA itu dengan sendirinya meningkat setelah menjadi manusia yang melalui fasa bernikah. berumah tangga bukanlah satu medium yang bermakna semuanya akan sempurna apabila dinikahkan.


lepastu, takkan la kita tak nak sediakan masakan sentuhan air tangan sendiri kan? Jika mahu memasak sendiri, apakah cukup pengalaman untuk menyediakan juadah terbaik, sedangkan sebelum berkahwin kita hanya membiarkan emak memasak di dapur berseorangan and kalau tolong pon sekadar menabah itu ini dan memotong bahan bahan msakan sahaja. kalau pandai siang ikan tak semestinya pandai masak ikan secukup rasa. boleh ke nak bersabar bila dah penat satu hari bekerja, anak-anak banyak komen tentang masakan kita? 

tambahan lagi, pengetahuan tentang agama dalam diri kita ni dah cukup ke. mampu ke kita nak bimbing anak anak sedangkan kadang kadang subuh pon kita terbabas. adakah solat kita selama ini khusyuk, dalil yang kita ketahui itu sahih. jika keluar dating pon kita tergamak pegang tangan gf kita. jadi, layakkah kita mengaku dah cukup pandai kita tentang amal ibadat. Sudahkah kita bersedia menjawab soalan aqidah daripada anak-anak, seperti "Allah ada kat mana? akhlak kita dengan ibu bapa pula adakah sudah sempurna? Sanggupkah kita menghadapi kerenah ibu mentua yang serba tidak kena? macam mana pulak dengan adab yang hendak dijaga ketika bersama dengan keluarga sebelah suami yang selama ini langsung tidak dikenali? sedangkan dengan ibu bapa kita pon ade jugak yang kita cakap 'alaaaa mak ni.. kejap la saya buad itu ini.'


Berkahwin juga sesuatu yang ajaib. Seorang lelaki yang sebelumnya tidak memberi apa-apa sumbangan dalam hidup kita, tiba-tiba perlu diberi ketaatan. Apakah kita boleh mempamirkan akhlaq yang baik semasa berlakunya perselihan pendapat dan perbezaan minat? adakah kita mampu mentaati seoran yang bukan lah kita kenal dari hari pertama kita lahir. seperti yang kita ketahui syurga seorang isteri terletak dikaki suami. dan syurga seorang suami terletak dikaki ibu. mampukah kita menahan dan berkorban segalanya disamping pelajaran yang masih kita sedang teruskan. pastinya berat untuk berhenti belajar sekiranya sudah sampai di tahap master. adakah juga rumah kita sekarang ditahap tip-top dimana sangat bersih. akan tetapi kalau sekarang pon  malas nak basuh baju, pinggan, tandas, sapu sampah, mop lantai dan lain-lain lagi, jangan mimpi tiba-tiba kita berubah jadi rajin lepas berkahwin.

kopipes dari gugel ( cik dil)

salah satu sebab saya memutuskan perhubungan tidak halal dengan dia adalah juga kerana hal ini. bukanlah niat hati ingin mengecewakan atau mempermainkan perasan insan lain. akan tetapi, apakah ertinya jika suatu perhubungan yang terjalin itu atas dasar cinta semata mata dan persediaan kearah perkahwinan itu masih kabur. wajarkan membazir wang, masa dan tenaga semata mata untuk seseorang yang belum psti dia jodoh kita. bukanlah ingin berbangga dan riak. akan tetapi, disaat masih belajar ini, adalah keutamaan saya untuk berfikir serasional yang boleh.

Sebelum datangnya masa yang memerlukan tanggungjawab yang bercabang-cabang kelak, manfaat masa ini dengan sungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab yang satu ini - BELAJAR. (petikan dari hayatunillahi)

Tak perlu fikir 'oh, siapa jodoh aku. siapa imam aku. Ianya membuang masa.


Membantutkan produktiviti. Menghilangkan fokus dan hala tuju. Melemahkan emosi. Mensia-siakan potensi.

Sungguh.

Dan yang paling penting, lupakan hal berpacaran. Kalau berkahwin iaitu perbuatan diredhai Allah pun belum tentu kestabilannya (jika kita tidak berusaha), inikan pula jalan dosa.

rasanya ini entry terpanjang .Kebanyakkanya hasil dari penulisan analisa motivasi. teheeeee. :)

sekian







No comments: